Monday, May 4, 2009

.... continue of bisikan sirr..

al faqir ilallah...

Sirr 4:

musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lauatan.

uijian bagaikan cemeti kehidupan, jesteru itu ramai yang menyangka ALLAh menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka padaNYa. renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.

fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNYa. bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.

kita lalai, angkuh dan lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaranNya. hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud padaNya.

yakinilah, ALLAH tidak menzalimi hambaNya, ALLAh amat menyayangi dirimu. insya ALLAH pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"... dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya."
fussilat:46

Sirr 5:

ALLAh tidak menolong lkaum yang fasiq. Apakah makna hidup ini jika ALLAH meninggalkanmu.

Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruanNya melalui petunjuk RasulNya.

jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai kebahagian? engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupanmu di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.

perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.

dunia ini akan mendatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal bocor di mana air laut akan mula melimpah masuk kedalamnya sedikit demi sedikit. tutuplah lubang itu dengan kasih sayangNya dengan taubat nasuha, nerdiri teguh dengan akidah dah syariat serta sentiasa berzikir padaNya, berselawat pada nabiNya, insya ALLAH segala kebocoran akan tertutup.

Dia tidak akan meninggalkanmu, Dia akan menyebutmu apabila engkau sentiasa menyebutNya. dia tidak akan menciptamu untuk membencimu

percayalah, tiada keraguan padanya.

"tidaklah mereka mengetahui bahawa ALLAh Dia-lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya?"
at-taubah:104.

No comments:

Post a Comment